Selasa, 5 April 2011

Bukan Milik Kita

BismiLLah… wassolatu wassalamu 3ala rasuliLLah…

Dah lama saya biarkan blog ni statik, senyap tanpa apa-apa berita, sunyi tanpa bicara, kosong tanpa coretan. Hampir 3 bulan saya kira blog ini ditinggalkan begitu sahaja. Hari ini saya diberi kekuatan untuk menulis sedikit perkongsian.

Ali: Abu, bagi balik moto aku! Aku bagi pinjam je, bukan suruh ko buat jadi harta benda sendiri

Abu: relax la bro, gua tak puas lagi guna moto tu. Tunggu la, nanti aku dah puas guna ak bagi balik la

Ali: banyak cantik muka ko. Aku dah bagi pinjam dah kira ok la. Nak lebih-lebih pulak. Beri betis nak peha!

Abu:alah, ko ni tak sporting la. Common la bro! sehari dua nanti aku bagi balik.ok???

Dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan sesiapa pon. Dialog tu dibuat sebagai pemudah cara agar anda dapat memahami apa yang bakal saya sampaikan. Adakah berhak bagi Ali yang telah meminjamkan Abu motonya untuk menuntut dan mengambil barang tersebut semula?? Wajarkah Abu marahkan Ali sebab menuntut balik barang yang dipinjamkannya?? Saya pasti anda semua dapat menilai dan berfikir dengan betul. Ali berhak menuntut balik barang yang dipinjamkannya dan Abu pula tidak berhak marah dan meminta lebih-lebih kerana ianya hanyalah pinjaman, betul tak?? Ini adalah satu perkara yang normal dan tidak pernah perkara yang sebaliknya berlaku.

Sebenarnya saya ingin kaitkan cerita diatas dengan musibah yang telah saya terima. Saya telah kehilangan duit dalam jumlah yang agak besar. USD 200, 1800 egypt pound, beberapa keping koleksi duit Syria dan Jordan. Kalau total semua tu mau cecah +/-RM 1500.



                                             Duit Mesir ( 100 EGP = RM 50.84)


                                             Duit US Dollar (100 USD = RM 302)


                                              Duit Jordan (1 Dinar = RM 4.20)


                                              Duit Syria (1000 Syria Pounds = RM70)


(gambar adalah ehsan dari Google,hehe. Ingatkan nak buat koleksi duit Jordan dan Syria tu, boleh la tunjuk dekat bini dan anak-anak,tapi dah tak kesampaian pulak,kui3)

Duit tu hilang sebelum saya berangkat ke Mesir,di KLIA. Entah macam mana boleh saya tertinggal beg sandang dalam tandas. Mungkin kalut sebab terkejar-kejar nak solat sampai terlupa yang saya tertinggal beg sandang tersebut. Usai solat baru saya teringat tertinggal beg. Macam orang kena kejar hantu, saya cepat-cepat ke tandas.

AlhamduliLLah, beg tersebut masih kekal di tempat yang asal. Saya cek, passport dan kotak yang saya isi duit tu ada. Saya sangka semuanya selamat, lupa pula nak periksa duit tu ade ke takde kat dalam kotak. Sampai kat Mesir, bila nak guna duit bukak la kotak tu. Macam kena heart attack je tengok kotak tu kosong . Ah sudah, macam mana boleh lesap pulak. Tak boleh nak fikir, blur je otak ni, pening pon ade. Mereng dibuatnya,huhu.

Nak bagitahu mak ayah serba salah rasanya, nanti mereka susah hati pulak. Kalau tak bagitahu, saya pulak yang bermasalah. Nak tak nak kena maklum juga. Saya gagahkan diri ini menghubungi mak saya.

“dah bukan rezeki nak buat macamana” balas mak saya.

Ah, lega rasanya.

Begitulah norma kehidupan sebagai muslim. Bilamana tuan besar kita yakni Allah SWT ingin mengambil balik apa yang dipinjamkanNya kepada kita, tiada suatu kuasa di dunia ini mampu menghalang iradahNya (kehendakNya). Segala yang berlaku dalam kehidupan ini adalah bersesuaian dengan kehendakNya. Allah itu Maha Mengatur. Kita meminta apa yang kita mahu tetapi Dia memberi apa yang kita betul-betul perlu sahaja. Itulah kelebihan kita sebagai umat islam. Iman mampu mengembirakan hati kita tatkala dilanda musibah. Yang penting perlu melihat musibah itu dari dimensi kita sebagai hamba Allah. Perlu sedar diri kita milikNya dan kepadaNya kita kembali. “Inna liLLahi wa inna ilayHi raaji3uun” sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali.

Sekarang apa yang perlu saya lakukan terima dan redha ketentuan Allah. Saya perlu belajar menelan kepahitan yang tidak saya inginkan. Wahai diri, terimalah hakikat sebuah kehilangan! Semoga ini menjadi kifarah dosa bagi ku kerana aku tidak sunyi dari dosa.

WaLLahu Ta3ala a3lam~