Sabtu, 11 September 2010

Kaherah-Saya-EidulFitri 1431H

Malam 1 Syawal

AlhamduliLLah, 1 syawal 1431h kali ini disambut di bumi mesir dengan title sebagai perantau;musafir ilmu di timur tengah. Sudah tentu sambutan Syawal kali ini tak sama dengan tahun yang sudah. Kalau dahulu saya beraya di samping keluarga tersayang; bersama moyang,tok dan opah,mak dan abah serta adik-beradik di Kg Bota Kanan,Perak, kini saya bersama dengan perantau-perantau yang mencari mutiara ilmu Allah di bumi Kaherah. Bersyukur kepada Allah Ta3ala kerana sambutan malam 1 Syawal tahun ini memang satu pengalaman yang tak pernah saya lalui sebelum ini.

30 Ramadhan, subuh hari saya sudah tiba di International Airport Cairo; penerbangan saya dari bumi Syam selamat tiba di Kaherah. Saya hanya duduk berehat seharian kerana keletihan, tak tidur semalaman. Petang itu, sebelum berbuka puasa buat kali terakhir bagi tahun 1431h, saya menghadiri majlis bacaan hadis musalsal bersam Al-Fadhil Syeikh Husni Genting Al-langkati Al-azhari di rumah kami. Syeikh mengijazahkan kami hadis musalsal memotong kuku dan hadis musalsal hari Khamis.AlhamduliLLah,pengakhiran Ramadhan diisi dengan majlis yang disukai Allah dan Baginda SAW.Semoga kami semua yang hadir diredhai Allah dan mendapt rahmat-Nya,Ameen Ya Rabb.

Malam 1 Syawal, usai solat Isya' berjemaah di sutuh (dataran di tingkat atas rumah) diimami Al-Fadhil Syeikh Husni kami, mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh. Banyak peringatan yang disampaikan oleh Syeikh. AlhamduliLLah,malam raya yang penuh bermakna. Teringat kata-kata syeikh pada malam itu,lebih kurang macam ni (baca:Syeikh Husni orang Indonesia, sila berbahasa Indonesia tatkala membaca dialog ini,hehe)

"kamu semua sudah menghubungi sama orang tua kamu di Malaysia?"

"Kalau belum,esok hari cepat-cepat telefon. Mintak maaf sama ibu-ibu bapak-bapak kamu semua"

"Hari raya kamu mesti mintak maaf dengan mereka walaupun kamu berjauhan"

"Mintak ampun segala salah dan silap sama mereka"

(haih,tetibe je teringat kuarge di halaman bile syeikh cakap camtu…sabar2,steady2, pecahkan rekod utk tidak menistiskan air mata syawal ini,hehe n_n)

Selesai majlis kami menjamu selera.








Bertakbir raya bersama-sama dipimpin oleh Al-fadhil Syeikh Husni Genting Al-langkati




Al-fadhil Syeikh Husni Genting Al-langkati memberi sedikit tazkirah Eidulfitri





Juadah kami pada malam tersebut







menjamu selera bersama Al-fadhil Syeikh...seronok bersama orang alim





bersalam-salaman, segala salah silap harap dimaafkan


Seharian Berhari Raya

Dah cerita pasal malam raya kat atas, sekarang turn bercerita tentang pagi raya pulak. AlhamduliLLah, pagi Syawal yang nyaman dan sejuk. Menunaikan solat Eidulfitri di Jamie Musa bersama pelajar-pelajar Malaysia. PMRAM telah meminta izin dengan orang arab kat sini untuk menggunakan Masjid Musa khas untuk pelajar-pelajar Malaysia sahaja.

Pagi itu kami beramai-ramai bertakbir raya. Bertakbir style Malaysia,mendayu-dayu,syahdu terasa(Kalau ikut style arab mesir takbir takde nak terasa kesyahduan dan kesayuan sebab diorang takbir macam nk pergi perang je;lantang dan tegas bunyinya,hehe). Khutbah raya disampaikan oleh presiden PMRAM, Ust Shahrizan bin Mohd. Hazime . Usai solat terus ke ARMA, majlis sambutan Eidulfitri bersama semua pelajar Malaysia anjuran pihak Kedutaan Malaysia. Perut kosong akhirnya terisi dengan sate ayam, rendang, nasi himpit dan lontong. (lemang je takde,kalu tak memang complete menu raye tahun ni,hehe)

Selesai menjamu selera terus pulang ke rumah. Ade majlis bacaan hadis musalsal bersama Al-Fadhil Syeikh Husni Genting. Syeikh mengijazahkan kami hadis musalsal Eidulfitri dan hari Jumaat. Begitu kelainan sambutan raya tahun ini. Diisi dengan majlis bacaan hadis. JazakaLLahu khairan jaza’ buat Al-Fadhil Syeikh kerana sudi bersama kami.

Petang pula saya ke kompleks perumahan Terengganu. Ziarah sahabat-sahabat di sana. Lepas asar terus bertolak. Dalam perjalanan nk ke rumah ust Muzani dan isteri, Allah Ta3ala memberi peluang kepada saya untuk menghadiri satu lagi majlis bacaan hadis musalsal bersama Muhaddith Al-Alamah Syeikh Mahmud Said Mamduh. Saya terpaksa melewatkan diri untuk menziarahi sahabat kerana bukan senang untuk Syeikh menerima kunjungan tetamu yang kerdil seperti saya. Syeikh telah mengijazahkan kami hadis musalsal bil-awwaliyyah dan musalsal Eidulfitri.Syeikh juga ade memberi pesanan kepada kami agar jangan lupa untuk membaca walaupun sepotong hadis dalam sehari. pesanan Syeikh ringkas, padat dan penuh bermakna buat kami semua. Doa yang dibaca oleh Syeikh moga-moga memudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu Allah,Ameen.

Selesai majlis terus bergegas ke rumah ust Muzani. Malamnya pula pergi ke kompleks, ada majlis makan-makan sikit. Alang-alang dah sampai kat sini menginap untuk semalaman,hehe.

Asyik bercerita sampai lupa pula nak ucap selamat. Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri buat mereka yang mengenali diri ini. Saya susun 10 jari memohon maaf jika berlaku kekhilafan, maaf zahir dan batin.

TaqabbalaLLahu minna wa minkum




Sebelum ke masjid masih sempat bergambar




Rabbana isyrahlana suduurana wa yassirlana umuurana~




Allahuma iftah lana fainnaKa khairul faatihiin~




kedinginan pagi terasa



Presiden PMRAM menyampaikan khutbah pada pagi itu

p/s: 1st time beraye pakai jubah dengan selendang di bahu...

Rabu, 8 September 2010

Tak Nak Jadi Hamba Ramadhan

AlhamduliLLahi haqqa hamdihi...

Bersyukur kepada-Mu Ya Allah...selamat tiba ke bumi Kaherah setelah sebulan 12 hari bermusafir ke Syria dan Jordan. Seolah-olah tak percaya yang saya akan pulang kembali ke Kaherah. Penerbangan tak begitu lama, satu jam sahaja. Terasa masa begitu singkat. Begitu saya dicemburi oleh masa yang pantas berlalu dan tiada sesaat pun baki yang diberikan untuk menunggu saya. Ramadhan pula dah sampai ke penghujungnya. Takbir raya pula akan menyusur. Tanda kemenangan bagi umat islam. Hanya tuan empunya diri sahaja yang mampu menjadi pengadil; mengadili diri sendiri adakah dia berada dalam golongan yang menang sepertimana yang dikehendaki Allah. Dapatkah buah 'Taqwa' dihasilkan setelah sebulan ditarbiah. Selepas ini umat islam akan kembali kepada fitrah asal mereka; dibenarkan makan dan minum di siang hari. Inilah yang dimaksudkan dengan _من العائدين والفائزين_ daripada golongan yang kembali (kepada fitrah) dan berjaya (menang).

Perasaan saya bercampur;antara sedih dan gembira. Sedih untuk meninggalkan bumi Syria. Entah apa yang saya sedihkan, namun perasaan tersebut muncul tiba-tiba; di saat doa hendak bermusafir dibaca. Tiada titisan air mata yang jatuh namun hati ini terasa agak sayu. Tapi, bila teringatkan sahabat-sahabat di Kaherah, yang menunggu kepulangan diri ini untuk beraya bersama-sama, termasuk juga sahabat-sahabat yang akan datang pada hari raya ke-2, terbit pula perasaan gembira. Allah Ta3ala telah menetapkan yang terbaik untuk hambanya kerana pada asalnya saya bercadang untuk ke Turkey (Cyprus Island) hajat ingin beraya di sana. Namun ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, maka saya putuskan untuk pulang ke Kaherah. Allah knows best. AlhamduliLLah~

Posting kali ini saya tak berniat untuk menceritakan pengalaman sepanjang permusafiran. Tak terasa nak berkongsi lagi. Mungkin tiada idea barangkali,hehe. Hanya sekadar peringatan buat semua, jagalah amal soleh yang kita kerjakan sepanjang Ramadhan dengan istiqamah melakukannya sepanjang 11 bulan yang masih lg berbaki. Jangan biarkan diri kita dilabel sebagai hamba Ramadhan kerana kita hanya gigih beribadat dan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan sahaja. Seolah-olah kita menjadi hamba Allah hanya pada bulan Ramadhan. Janganlah kita menetapkan waktu sekian sekian baru nak beribadat, nak baca al-quran, nak solat witir, nak solat dhuha,nak buat itu dan ini. Jangan sia-siakan tarbiah yang Allah beri kepada kita di bulan Ramadhan. Cubalah istiqamah. Sesungguhnya, berbahagialah mereka yang beristiqamah. Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan hamba-Mu yang beristiqamah!!!
Sekadar peringatan bersama...waLLahu a3lam bissowab


gambar di bawah tiada kaitan dengan posting di atas...untuk tatapan umum...sekadar suka2 =)





SubhanaLLahi walhamduliLLahi walaa ilaaha illaLLah







antara menu pilihan pelajar malaysia di Mesir dan Syria






2 bar coklat mahal yang berjaya dibeli di pasaraya bebas cukai yang terletak di kawasan sempadan Jordan-Syria (berjaya makan 1 bar shaja, lg 1 tertinggal dlm bas,sob3)





sesape y kaki mkn manisan bleh la beli...suq halawiyat,dimasyq




2 beradik y suke berposing ntah ape2,hehe...kanak2 Syria mmg comel =)

p/s:sy x tahu ape motif sbenarnya sy letakkan gmbr mknan sdgkn sy sdg berpose ktika m'edit posting ni(hari last pose)...mnguji keimanan kot,hehe