Ahad, 7 November 2010

Tazkirah di hening pagi buatku


Assalamu3alaikum wbt...
AlhamduliLLah... wassolatu wassalamu 3ala RasuliLLah...


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ                             
                                     Setiap jiwa akan merasakan kematian (Surah Al-Anbiya 21:35)








gambar sekadar hiasan



Khamis malam Jumaat baru-baru ini kami diminta untuk buat solat hajat dan bacaan Yaasin. Abang kepada salah seorang akhawat di imarah yang saya tinggal ni kemalangan. Keadaan agak teruk dan perlu menjalani pembedahan. Kalau tak salah saya beliau dalam keadaan koma. Kami harap segalanya akan selamat. Namun,pagi tadi saya telah menerima berita bahawa beliau telah kembali ke rahmatuLLah. Allah lebih menyayangi beliau. Al-fatihah disedekahkan untuk arwah.
Saya agak tersentak bila mendengar berita kematian tersebut. Walaupun arwah tiada kaitan pertalian darah dengan saya dan saya pun tak pernah kenal siapa diri arwah, namun kematian itulah menjadi tazkirah untuk saya di pagi yang hening tadi. Saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan baki kehidupan pada hari ini. Ya Allah, aku lalai dalam mengingati-Mu, namun belas kasihan-Mu terhadap hamba yang hina ini jua dihamparkan.
Aku tertipu dengan usia yang muda kerana syarat KEMATIAN bukanlah pada usia. Aku lalai dengan tubuh yang sihat kerana Malaikat Maut tidak akan tunggu sehingga aku sakit baru dia akan datang menjemput ajalku. Syarat kematian itu tidak terletak pada usia dan kesihatan. Kematian merupakan rahsia Allah SWT, tidak ada seorang pun yang tahu tarikh kematian dirinya.
Apakah bekalan yang akan dibawa setelah kematian mengunjungi diri ini???Apakah telah cukup persiapan yag dilakukan untuk berhadapan dengan Tuhan semesta alam???
Tazkirah buat saya di hening pagi tadi. Memang tiada keraguan lagi bahawa kematian adalah sebaik-baik peringatan. AstaghfiruLLahal Adzim...




                      ringan-ringankan diri untuk menunaikan solat jenazah apabila berlaku kematian,                          ubat mujarab buat hati yang cintakan dunia dan alpa dengan kehadiran malaikat Izrail


 Saya nak jadi orang pandai

Mahukah kita semua dikategorikan sebagai orang yang bodoh kurang kecerdikannya?? Sudah tentu jawapannya tidak. Maka, sukalah saya menyeru diri ini terutamanya dan anda semua agar mengambil pengajaran dari berita kematian yang disampaikan. Bimbang-bimbang kita menjadi orang yang menyesal kerana membiarkan peringatan yang bermakna itu berlalu begitu sahaja. Minta-minta kita dijauhi oleh Allah dari ke’bodoh’an yang tidak kita sedari ini. Berdoalah agar Allah jadikan kita orang yang pandai di sisi-Nya dan juga di sisi kekasih-Nya, junjungan besar Baginda SAW.  
Istilah pandai di sini bukanlah menjadi orang yang pandai dalam pelajaran tetapi orang yang mengingati mati. Bersesuaian dengan hadis Baginda SAW di bawah.
Dalam riwayat Ibnu Majah, Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW mendefinisikan orang beriman yang pandai.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ اَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الاَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبىِّ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللهِ اَيُّ الْمُؤْمِنِيْنَ اَفْضَلُ؟ قَالَ اَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَاَيُّ الْمُؤْمِنِيْنَ اَكْيَسُ؟ قَالَ اَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَاَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادً اُولَئِكَ الاَيَاسُ * رواه ابن ماجه كتاب الزهد


Dari Ibnu Umar, saya bersama Rasulullah SAW, maka datang orang laki-laki dari Anshor kemudian dia salam pada Nabi SAW kemudian dia bertanya ,Ya Rasulallah, manakah mukmin yang paling utama? Rasulullah SAW menjawab : mereka yang baik budi pekertinya. Dia bertanya : Manakah mukmin yang pandai? Rasulullah SAW menjawab : lebih banyaknya mereka ingat pada mati dan lebih baiknya mereka mempersiapkan pada apa-apa setelahnya mati, orang-orang yang itulah orang yang pandai.

Akhir kata buat diriku yang lalai dan anda semua "Akthiru min zikri haazimil lazzaat" , perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan (kematian)...

WaLLahu Ta3ala A3lam



al-fatihah ila arwaahil muslimiin wal muslimaat

Rabu, 3 November 2010

saya bukan nak emo kat sini, cuma....


Deruman enjin kapal terbang kedengaran. Aku melemparkan pandangan ke dada langit. Kelihatan sebuah kapal terbang sedang berlegar-legar di ruang udara; agak rendah, mungkin ingin mendarat. Oh ya, lalulintas udara di sini tak pernah sunyi, selang beberapa minit akan kelihatan kapal terbang yang keluar atau masuk ke negara Mesir ini. (Haih,tiba-tiba teringat  Malaysia, bilalah aku  nak balik ni,hehe).
Hurmm, sekejap masa berlalu, dah setahun aku berada di bumi anbiya’. Kaherah memang tak berubah. Tahun lepas ketika kakiku mula menjejaki ke sini dan tahun ini, masih lagi sama. Jalan raya yang sesak, tiada sistem khas, tiada lampu isyarat, polis trafik yang mengawal lalu lintas begitu bersahaja, sambil hisap rokok,mungkin memberi ketenangan di sebalik keserabutan dan kebingitan hon kenderaan. Bas dan tremco( van prebet sapu) juga tak berubah, suasana penumpang seperti dalam tin sardin, sesak dan padat memang satu pemandangan yang normal, tidak perlu hairan jika bas sudah penuh tetapi masih lagi mengambil penumpang. Motor juga tidak ketinggalan, mencelah kiri dan kanan. Helmet tak wajib pakai. Kadang-kadang dijadikan sebagai ‘hiasan’ sahaja. Kalau 3 orang naik satu motor memang normal; ayah, ibu dan anak kecil. Tapi kalau 3 orang lelaki dewasa naik 1 motor, masing-masing tubuh punyalah besar, bayangkan sendiri.
Hah, ini lagi unik. Kuda dan keldai turut bersaing di celah-celah kenderaan moden. 2 makhluk ni masih lagi digunakan. Kadang-kadang terasa berada di zaman dahulu je,huhu.
Calar-calar yang tertera pada 'body' kereta tu biasalah, kata orang Real Design. Ada yang kemek,cermin retak, pecah sana, pecah sini, yang nampak macam besi buruk pun ada tapi masih lagi menyusur di jalanraya. Tak kisah rupa macam mana janji enjin berfungsi ada 4 tayar, ok boleh gerak.
Buruh mesir pula. Sangat cekap. Tak perlu topi keselamatan. Tak perlu pakai kasut boot. Tak perlu glove. Biasa-biasa sahaja. Berjubah pun ada. Nak tergelak rasanya bila tengok ragam mereka ni.
Sebenarnya, bukan niat untuk memberikan gambaran yang buruk dan negatif terhadap bumi anbiya’ ini beserta dengan penduduknya. Di sebalik nukilan di atas, hanya syukur AlhamduliLLah ku ucapkan; mensyukuri nikmat sebagai rakyat Malaysia, tanah tumpah darahku.  ketahuilah nikmat yang dikecapi oleh kita (rakyat Malaysia) setelah keluar dari rahim ibu sehinggalah sekarang sangat banyak. Memang tak ternilai. Sangat-sangat beruntung.
Setahun di sini mengajar erti kehidupan. Menjalani kehidupan disini memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Kalau nak bergerak ke mana-mana memang bas jadi pengangkutan utama. Memang satu ujian yang memerlukan kesabaran yang tinggi bila berdepan dengan keserabutan dan kesesakan dalam bas. Ditambah pula dengan bau badan yang bercampur-baur menusuk ke dalam hidung. Hanya Allah sahaja yang tahu. Adalah menjadi satu nikmat besar kalau dapat duduk dalam bas, kalau tak terpaksalah berdiri dari awal sampai ke destinasi yang dituju. Jujur aku katakan sesungguhnya golongan hawa (mahasiswi Malaysia) yang belajar di sini memang hebat dan cekal. Aku sebagai lelaki terpukul bilamana melihat kesungguhan golongan hawa ini. Ya Allah kuatkanlah semangat kami!!!
Musim panas dan musim sejuk juga merupakan satu ujian. Musim panas memang tak selesa dibuatnya. Nak tidur malam pun susah, tak lena. Lainlah kalau rumah dilengkapi air-cond. Bila dah subuh baru merasai kedinginan. Pagi tu dah rasa panas. Siap berpeluh lagi. Musim sejuk pula lain ceritanya. Asyik nak berselimut je rasanya. Kalau ade heater, menghadap depan heater la jawabnya.
 Kadang-kadang ada juga terdengar suara-suara ‘sumbang’ yang mengatakan mahasiswa Mesir ni malas belajar, tak berkualiti, musim sejuk kuat tidur, musim panas tak keluar rumah macam puteri lilin, itulah inilah, macam-macam. Cuba mereka duduk kat sini, tinggal kat sini sementara waktu. Rasai perjalanan hidup seperti yang kami lalui. Selami apa yang kami rasai. Jangan hanya mengeluarkan kata-kata yang kamu tidak tahu hakikat yang sebenar.
“Man lam yazuq lam yadri” Siapa yang tak pernah merasai, dia tidak akan tahu .
“Man zaaqa 3arafa” Siapa yang merasai, dia sahaja yang tahu .
Ni tak masuk bab sara hidup lagi. Kat sini barang-barang dan sewa rumah dah naik, bukan macam zaman ‘dahulu' yang kononnya sara hidup kat Mesir murah. RM200 sebulan dah cukup. 20  atau 30 tahun yang lalu mungkin boleh, tapi sekarang jangan harap lah. Makan roti arab tiap-tiap hari lah jawabnya .

 Seolah-olah kami yang bersatuskan pelajar agama ni tak boleh bermewah-mewah. Kena belajar hidup susah. Kena mencontohi kehidupan seperti para Anbiya’ dan ilmuwan islam yang hebat-hebat dulu. Kena hidup zuhud. Makan sehari sekali je cukup. Tak pun puasa je. Entah apa yang membuatkan mereka berfikiran sebegini. Barangkali hati mereka sudah hilang rasa kasih dan ihsan sepertimana yang diajar Baginda SAW.

Ini lagi satu hal. Mengapa pula cuba mempermainkan hak mahasiswa/i selaku golongan asnaf zakat??? Takkanlah   zakat nak dijadikan sebagai bahan ugutan. Nak cerita meluat. Sakit hati pun ada. Nak tahu hal sebenar sila baca berita ini
Sebenarnya bukan nak emo pun kat sini, sekadar pemberitahuan buat mereka yang asyik ‘mencari’ kesilapan mahasiswa/i di Mesir.  Kami bukan inginkan perhatian dari anda (pemilik suara ‘sumbang’), cuma tukarkan ‘mind setting’ anda bahawa bukan senang hidup di tempat orang. Tak sama dengan tanah air kita. Sangat-sangat jauh bezanya. Harap dapat mengerti. Ubah perspektif anda terhadap kami.

p/s:-maaf jika terkasar bahasa
        -mana-mana yang tak berkenaan jangan terasa, anda tidak terlibat dalam kes ini =)



Selasa, 19 Oktober 2010

Al-Allamah wal Fahamah Sayyidi Syarif Al-Habib Munzir ibn Fuad

Assalamu3alaikum wbt...
AlhamduliLLah... wassolatu wassalamu 3ala RasuliLLah...
Terlanjur saya menaqalkan kata-kata Sayyidi Al-Habib Munzir pada post di bawah, maka sukalah saya memperkenalkan anda semua siapakah gerangan beliau. Tak kenal maka tak cinta, tak gitu??




                                            sejuk rasanya bila melihat wajah orang yang soleh

(dimbil dr www.majelisrasulullah.org )

Soalan 1:Assalamualaikum Wr. Wb. Minal Aidin Wal Faizin Mohon Maaf sebelumnya Bib....pada kesempatan ini saya ingin bertanya tentang salasilah Habib sendiri sampai dengan Rasulullah SAW ? Saya sudah membaca di majalah Al Kisah, tetapi hanya terdapat dua nasab Habib sendiri. Mohon penjelasannya. Terima Kasih.

Munzir : Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh, Semoga Allah melimpahkan cahaya kerindhoan Nya kepada anda, terus terang saja catatan nasab saya ini saya kurang suka menampilkannya dan mempamerkannya, kerana belum pantas saya menyandang gelar keturunan Rasul saw, Yaa Allah.. Betapa hinanya saya ini dan sangat jauh dari selayaknya keturunan Rasul saw. Namun demi memenuhi permintaan anda yang menjadi Tamu Mulia di website kami maka saya memberanikan diri menuliskannya :

Hamba penuh Dosa Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin Ali bin Abdurrahman bin Ali bin Aqil bin Ahmad bin Abdurrahman bin Umar bin Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad Almusawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abubakar Assakran bin Abdurrahman Assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi Alghayur bin Muhammad Faqihil Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Marbath bin Ali Khali' Qasim bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Almuhajir bin Isa Arrumiy bin Muhammad Annaqibm Ali Al Uraidhiy bin Ja’afar Asshadiq bin Muhammad Albaqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein Dari Fathimah Azzahra Putri Rasul saw.

Semoga Cahaya kesucian Idul fitri, keberkahan, pengampunan dan segala rahsia keluhuran yang terpendam pada hari Idul fitri 1 syawal ini terlimpah pada anda dan keluarga, Amiin
_______________________________________________________

Soalan 2: Yang saya cintai Habib Munzir Al Musawa , saya ingin mengajukan beberapa pertanyaan,yang sebenarnya pertanyaan ini diajukan oleh teman kerja saya yang saya tak dapat menjawabnya secara detail,iaitu mengenai salasilah keturunan Rasulullah yang menurut dia terputus nasabnya di Imam Hasan dan Husein yang tewas di Perang Karbala sehingga tidak ada lagi keturunan Rasulullah saat ini, mohon jawapan dari habib, saya secara peribadi sangat meyakini keberadaan Zuriah Rasul saat ini tetap ada. Jazakallah.

Munzir Re:Nasab Habaib - 2005/11/29 12:22

Alaikum salam warahmatullah wabarakaatuh, terimakasih atas perhatian anda, keturunan Hasan dan Husein hingga kini masih ada, sebagian kecil para pembenci keluarga Ahlulbait menafikan dzurriyah Rasul saw, sebagaimana juga kelompok lain menafikan ke absahan sahabat Rasul radhiyallahu' anhum, yg berjumlah 60 (enam puluh) ribu orang, maka golongan sesat itu mengatakan bahwa seluruh sahabat itu sesat, terkecuali beberapa orang saja.

Sayidina Hasan tidak wafat di kejadian Karbala, beliau radhiyallahu 'anhu wafat diracun sebelum kejadian Karbala, beliau meninggalkan keturunan 11 orang putra dan 6 orang putri, dan kemudian keturunan adalah dari putra beliau Hasan Mutsanna dan Zeid Radhiyallahu' anhuma. Sayyidina Husein wafat di Karbala, beliau mempunyai enam orang anak lelaki dan 3 wanita, Ali Akbar, Ali Awsat, Ali Ashghar, Abdullah, Muhammad, Jakfar, Zainab, Sakinah dan Fathimah.

putera Hasan keseluruhannya wafat terkecuali Al Al Awsat yg dikenal dengan Nama Ali Zainal 'Abidin, mempunyai putra bernama Muhammad Albaaqir, yang mempunyai Putra bernama Jakfar Asshaadiq. yang menjadi Guru dari Imam Hanafi, yang kemudian Imam Hanafi ini bermuridkan Imam Maliki, lalu Imam Maliki bermuridkan Imam Syafi'i dan Imam Syafi'i bermuridkan Imam Ahmad bin Hanbal. ringkasnya seluruh Ulama Ahlussunnah waljama'ah mengakui keabsahan keturunan Rasul saw dari Ali Zainal Abidin putra Husein.

Sayyidina Ali Zainal Abidin ini dilahirkan hari Khamis, 5 Sya'ban tahun 38 Hijriyah, masiih dimasa hidup kakeknya yairtu Ali bin Abi Thalib KW, dan diriwayatkan oleh Abu Hamzah Alyamaniy bahwa ia mengamalkan Ibadah 1000 raka'at tahajjud setiap malammnya, demikian pula Imam Ghazali yg banyak mengaguminya, salah satu riwayat yg dikatakan oleh Imam Thawus rahimahullah : "Ketika aku memasuki Hijr Isma'il ditengah malam yg gelap, ternyata Ali Zainal Abidin Putra Husein sedang sujud.. alangkah lama sujudnya, lalu kepalanya terangkat dan kedua tangannya terangkat bermunajat dg suara lirih : "HambaMu dihadapan Pintu Mu, Si Miskin ini dihadapan Pintu Mu, si fagir ini dihadapan Pintu Mu...."

Beliau wafat pada tahun 93 Hijriyah, dan ada pendapat mengatakan tahun 94 Hijriyajh, dimakamkan di Kuburan Baqi' (Madinah Almnawarah), dipusara yang sama dg pamannya yaitu Hasan bin Ali kw beliau (Ali Zainal Abidin rahimahullah) meninggalkan 15 orang anak, dan yang sulung adalah Muhammad Albaqir. (rujuk Kitab Al Ghurar, oleh Imam Al Muhaddits Muhammad bin Ali Alkhird, yg wafat tahun 960 Hijriyah). Kitab ini merupakan salah satu kitab Induk yg menjelaskan silsilah keturunan Rasul saw. Maaf saya meringkaskan jawaban ini seringkas mungkin untuk menyingkat waktu sehubungan masih banyak pertanyaan lain yg harus saya jawab wallahu a'lam terima kasih atas pertanyaan anda.
 -Sekian-

Isnin, 18 Oktober 2010

Jangan Tahan Lidahmu

BismiLLahi Ar-rahmaan Ar-Rahiim

AlhamduliLLah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meng’update’ blog ni. Kalau bagi alasan tak cukup masa macam tak logik sebab Allah bagi kepada makhluk di Bumi ni 24 jam, tak lebih tak kurang; sama rata kepada setiap makhluk.Erm, nak kata sibuk tu takde la sangat. Sebelum ni cuti 3 bulan, memang perjalanan hidup tak terikat dengan jadual kuliah yang wajib, dan juga dipenuhi dengan masa rehat,tidur, melancong ke Syria dan Jordan. Sekarang ni kuliah pun dah bermula. Dah hampir sebulan. Ditambah pula madah(subjek) tahun ni tak sama macam tahun lepas; tahun lepas belajar bahasa je,boleh la kalau nak relax-relax, tahun ni tak boleh la. Untuk first sem ni 10 madah(subjek). Memang kena struggle la. Moga dipermudahkan Allah segala urusan. Menuntut ilmu di kuliah dan juga mendampingi majlis ilmu para masyaeikh di sini. Dan juga diberi kekuatan oleh Allah untuk beramal dan menyebarkannya. Ameen~

Kebelakangan ini terasa malas, berat nak buat amal-amalan sunat. Hakikatnya amalan sunat inilah yang menampung segala kekurangan amalan fardhu. Hati pula terasa jauh dengan Sang Pencipta. Maksiat apakah yang menghinggapi hati ini. Hati ini sedang mencari sesuatu. Sesuatu yang mampu mengetuk hati ini agar sedar dan bangkit dari lena; pelukan nafsu syahwat. Sesuatu yang mampu menghubungkan diri ini kembali dengan Tuan Empunya Alam Semesta.

Allah itu Maha Penyayang. AlhamduliLLah, penawar yang dicari telah saya temui. Satu klip video telah saya tontoni. Begitu tersentuh dengan ucapan Al-Allamah wal Fahamah Sayyidi Syarif Al-Habib Munzir Al-Musawwa. Di sini, sukalah ana berkongsi ucapan beliau yang berbunyi:

Namun tujuan adalah satu, iaitu saat berjumpa dengan Rabbul a’lamiin. Maka berakhir seluruh apa yang kita lewati dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya; iaitu berjumpa dengan Allah.

Ingatlah akan datang satu saat dimana bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah. Di saat itu kita akan diturunkan ke dalam kubur, dan wajah kita dibuka dan diciumkan ke tembok kubur kita. Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kaum kerabat. Di saat itu tidak ada kekasih, di saat itu tidak ada jawatan, di saat itu tidak ada harta. Itulah hadirin hadirat, kita sendiri. Maka di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir, yang mengingati Allah dan Allah mengingatinya, yang merindui Allah dan Allah merinduinya.

Allah masih terus bersabar, yang ditunggu adalah hamba pendosa, hamba yang hina, yang hidup berasal dari sebutir sel dan akan berakhir sebagai bangkai; makanan-makanan haiwan di dalam tanah. Allah menanti hambanya memohon taubah, Dialah yang Maha baik, Dialah Yang Maha mulia. Setelah kita diberi kehidupan; diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula dunia dan seluruh isinya. Allah meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan yang kesemuanya adalah milik Allah. Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk meminjamnya. Allah yang memberinya sebelum kita meminta.

Hadirin hadirat, sedemikian luasnya nikmat Ilahi dan kasih sayangnya melebihi segala kasih sayang; melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita.

Hadirin hadirat, jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah. Jangan berat menyebut nama Allah. Dosa apa yang membuatkan lidah kita berat menyebut nama Allah??

Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa kubur Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa neraka pastikan kami selamat dari ini semua Ya Allah!!!







                 Al-Allamah wal Fahamah Sayyidi Syarif Al-Habib Munzir Al-Musawwa hafizaHuLLah




                                                 Al-Habib bersama zuriat tercinta


p/s:nak msukkan video tu dlm blog ni,tp rasenye elok tulis. Boleh la hafal kata-kata Syeikh ni sambil menaip blog ni. Tersemat la sikit kata-kata ni dlm hati dan sanubariku ini =)

Sabtu, 11 September 2010

Kaherah-Saya-EidulFitri 1431H

Malam 1 Syawal

AlhamduliLLah, 1 syawal 1431h kali ini disambut di bumi mesir dengan title sebagai perantau;musafir ilmu di timur tengah. Sudah tentu sambutan Syawal kali ini tak sama dengan tahun yang sudah. Kalau dahulu saya beraya di samping keluarga tersayang; bersama moyang,tok dan opah,mak dan abah serta adik-beradik di Kg Bota Kanan,Perak, kini saya bersama dengan perantau-perantau yang mencari mutiara ilmu Allah di bumi Kaherah. Bersyukur kepada Allah Ta3ala kerana sambutan malam 1 Syawal tahun ini memang satu pengalaman yang tak pernah saya lalui sebelum ini.

30 Ramadhan, subuh hari saya sudah tiba di International Airport Cairo; penerbangan saya dari bumi Syam selamat tiba di Kaherah. Saya hanya duduk berehat seharian kerana keletihan, tak tidur semalaman. Petang itu, sebelum berbuka puasa buat kali terakhir bagi tahun 1431h, saya menghadiri majlis bacaan hadis musalsal bersam Al-Fadhil Syeikh Husni Genting Al-langkati Al-azhari di rumah kami. Syeikh mengijazahkan kami hadis musalsal memotong kuku dan hadis musalsal hari Khamis.AlhamduliLLah,pengakhiran Ramadhan diisi dengan majlis yang disukai Allah dan Baginda SAW.Semoga kami semua yang hadir diredhai Allah dan mendapt rahmat-Nya,Ameen Ya Rabb.

Malam 1 Syawal, usai solat Isya' berjemaah di sutuh (dataran di tingkat atas rumah) diimami Al-Fadhil Syeikh Husni kami, mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh. Banyak peringatan yang disampaikan oleh Syeikh. AlhamduliLLah,malam raya yang penuh bermakna. Teringat kata-kata syeikh pada malam itu,lebih kurang macam ni (baca:Syeikh Husni orang Indonesia, sila berbahasa Indonesia tatkala membaca dialog ini,hehe)

"kamu semua sudah menghubungi sama orang tua kamu di Malaysia?"

"Kalau belum,esok hari cepat-cepat telefon. Mintak maaf sama ibu-ibu bapak-bapak kamu semua"

"Hari raya kamu mesti mintak maaf dengan mereka walaupun kamu berjauhan"

"Mintak ampun segala salah dan silap sama mereka"

(haih,tetibe je teringat kuarge di halaman bile syeikh cakap camtu…sabar2,steady2, pecahkan rekod utk tidak menistiskan air mata syawal ini,hehe n_n)

Selesai majlis kami menjamu selera.








Bertakbir raya bersama-sama dipimpin oleh Al-fadhil Syeikh Husni Genting Al-langkati




Al-fadhil Syeikh Husni Genting Al-langkati memberi sedikit tazkirah Eidulfitri





Juadah kami pada malam tersebut







menjamu selera bersama Al-fadhil Syeikh...seronok bersama orang alim





bersalam-salaman, segala salah silap harap dimaafkan


Seharian Berhari Raya

Dah cerita pasal malam raya kat atas, sekarang turn bercerita tentang pagi raya pulak. AlhamduliLLah, pagi Syawal yang nyaman dan sejuk. Menunaikan solat Eidulfitri di Jamie Musa bersama pelajar-pelajar Malaysia. PMRAM telah meminta izin dengan orang arab kat sini untuk menggunakan Masjid Musa khas untuk pelajar-pelajar Malaysia sahaja.

Pagi itu kami beramai-ramai bertakbir raya. Bertakbir style Malaysia,mendayu-dayu,syahdu terasa(Kalau ikut style arab mesir takbir takde nak terasa kesyahduan dan kesayuan sebab diorang takbir macam nk pergi perang je;lantang dan tegas bunyinya,hehe). Khutbah raya disampaikan oleh presiden PMRAM, Ust Shahrizan bin Mohd. Hazime . Usai solat terus ke ARMA, majlis sambutan Eidulfitri bersama semua pelajar Malaysia anjuran pihak Kedutaan Malaysia. Perut kosong akhirnya terisi dengan sate ayam, rendang, nasi himpit dan lontong. (lemang je takde,kalu tak memang complete menu raye tahun ni,hehe)

Selesai menjamu selera terus pulang ke rumah. Ade majlis bacaan hadis musalsal bersama Al-Fadhil Syeikh Husni Genting. Syeikh mengijazahkan kami hadis musalsal Eidulfitri dan hari Jumaat. Begitu kelainan sambutan raya tahun ini. Diisi dengan majlis bacaan hadis. JazakaLLahu khairan jaza’ buat Al-Fadhil Syeikh kerana sudi bersama kami.

Petang pula saya ke kompleks perumahan Terengganu. Ziarah sahabat-sahabat di sana. Lepas asar terus bertolak. Dalam perjalanan nk ke rumah ust Muzani dan isteri, Allah Ta3ala memberi peluang kepada saya untuk menghadiri satu lagi majlis bacaan hadis musalsal bersama Muhaddith Al-Alamah Syeikh Mahmud Said Mamduh. Saya terpaksa melewatkan diri untuk menziarahi sahabat kerana bukan senang untuk Syeikh menerima kunjungan tetamu yang kerdil seperti saya. Syeikh telah mengijazahkan kami hadis musalsal bil-awwaliyyah dan musalsal Eidulfitri.Syeikh juga ade memberi pesanan kepada kami agar jangan lupa untuk membaca walaupun sepotong hadis dalam sehari. pesanan Syeikh ringkas, padat dan penuh bermakna buat kami semua. Doa yang dibaca oleh Syeikh moga-moga memudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu Allah,Ameen.

Selesai majlis terus bergegas ke rumah ust Muzani. Malamnya pula pergi ke kompleks, ada majlis makan-makan sikit. Alang-alang dah sampai kat sini menginap untuk semalaman,hehe.

Asyik bercerita sampai lupa pula nak ucap selamat. Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri buat mereka yang mengenali diri ini. Saya susun 10 jari memohon maaf jika berlaku kekhilafan, maaf zahir dan batin.

TaqabbalaLLahu minna wa minkum




Sebelum ke masjid masih sempat bergambar




Rabbana isyrahlana suduurana wa yassirlana umuurana~




Allahuma iftah lana fainnaKa khairul faatihiin~




kedinginan pagi terasa



Presiden PMRAM menyampaikan khutbah pada pagi itu

p/s: 1st time beraye pakai jubah dengan selendang di bahu...

Rabu, 8 September 2010

Tak Nak Jadi Hamba Ramadhan

AlhamduliLLahi haqqa hamdihi...

Bersyukur kepada-Mu Ya Allah...selamat tiba ke bumi Kaherah setelah sebulan 12 hari bermusafir ke Syria dan Jordan. Seolah-olah tak percaya yang saya akan pulang kembali ke Kaherah. Penerbangan tak begitu lama, satu jam sahaja. Terasa masa begitu singkat. Begitu saya dicemburi oleh masa yang pantas berlalu dan tiada sesaat pun baki yang diberikan untuk menunggu saya. Ramadhan pula dah sampai ke penghujungnya. Takbir raya pula akan menyusur. Tanda kemenangan bagi umat islam. Hanya tuan empunya diri sahaja yang mampu menjadi pengadil; mengadili diri sendiri adakah dia berada dalam golongan yang menang sepertimana yang dikehendaki Allah. Dapatkah buah 'Taqwa' dihasilkan setelah sebulan ditarbiah. Selepas ini umat islam akan kembali kepada fitrah asal mereka; dibenarkan makan dan minum di siang hari. Inilah yang dimaksudkan dengan _من العائدين والفائزين_ daripada golongan yang kembali (kepada fitrah) dan berjaya (menang).

Perasaan saya bercampur;antara sedih dan gembira. Sedih untuk meninggalkan bumi Syria. Entah apa yang saya sedihkan, namun perasaan tersebut muncul tiba-tiba; di saat doa hendak bermusafir dibaca. Tiada titisan air mata yang jatuh namun hati ini terasa agak sayu. Tapi, bila teringatkan sahabat-sahabat di Kaherah, yang menunggu kepulangan diri ini untuk beraya bersama-sama, termasuk juga sahabat-sahabat yang akan datang pada hari raya ke-2, terbit pula perasaan gembira. Allah Ta3ala telah menetapkan yang terbaik untuk hambanya kerana pada asalnya saya bercadang untuk ke Turkey (Cyprus Island) hajat ingin beraya di sana. Namun ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, maka saya putuskan untuk pulang ke Kaherah. Allah knows best. AlhamduliLLah~

Posting kali ini saya tak berniat untuk menceritakan pengalaman sepanjang permusafiran. Tak terasa nak berkongsi lagi. Mungkin tiada idea barangkali,hehe. Hanya sekadar peringatan buat semua, jagalah amal soleh yang kita kerjakan sepanjang Ramadhan dengan istiqamah melakukannya sepanjang 11 bulan yang masih lg berbaki. Jangan biarkan diri kita dilabel sebagai hamba Ramadhan kerana kita hanya gigih beribadat dan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan sahaja. Seolah-olah kita menjadi hamba Allah hanya pada bulan Ramadhan. Janganlah kita menetapkan waktu sekian sekian baru nak beribadat, nak baca al-quran, nak solat witir, nak solat dhuha,nak buat itu dan ini. Jangan sia-siakan tarbiah yang Allah beri kepada kita di bulan Ramadhan. Cubalah istiqamah. Sesungguhnya, berbahagialah mereka yang beristiqamah. Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan hamba-Mu yang beristiqamah!!!
Sekadar peringatan bersama...waLLahu a3lam bissowab


gambar di bawah tiada kaitan dengan posting di atas...untuk tatapan umum...sekadar suka2 =)





SubhanaLLahi walhamduliLLahi walaa ilaaha illaLLah







antara menu pilihan pelajar malaysia di Mesir dan Syria






2 bar coklat mahal yang berjaya dibeli di pasaraya bebas cukai yang terletak di kawasan sempadan Jordan-Syria (berjaya makan 1 bar shaja, lg 1 tertinggal dlm bas,sob3)





sesape y kaki mkn manisan bleh la beli...suq halawiyat,dimasyq




2 beradik y suke berposing ntah ape2,hehe...kanak2 Syria mmg comel =)

p/s:sy x tahu ape motif sbenarnya sy letakkan gmbr mknan sdgkn sy sdg berpose ktika m'edit posting ni(hari last pose)...mnguji keimanan kot,hehe

Sabtu, 21 Ogos 2010

jadikan diri anda persis anak kecil

Salam Ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia. Maaf di atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Namun saya kira masih belum terlewat kerana kita masih lagi berada di bulan yang mulia ini, better late than never.

Ramadhan; permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah(pengampunan) dan pengakhirannya pelepasan dari api neraka. Saya yakin kalian semua sudah menghafal hadis ini kerana menjelangnya Ramadhan, hadis inilah yang biasa dilaungkan dimana-mana corong pembesar suara surau-surau dan masjid-masjid oleh penceramah. Dan kini kita semua berada di fasa kedua. Fasa maghfirah, fasa Allah Ta3ala mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang tidak jemu-jemu memohon keampunan.

Begitu pantas masa meninggalkan kita yang terleka. Sudah berlalu satu pertiga Ramadhan. Bagaimanakah kondisi ibadat kita agaknya. Kalaulah dahulu sebelum munculnya Ramadhan, kita bersungguh-sungguh memohon kepada Allah dalam doa yang berbunyi “Allahumma ballighna Ramadhan” agar kita disampaikan kepada bulan Ramadhan. Tidak kurang juga yang menulis di wall facebook dengan doa-doa dan kata-kata harapan yang merindui ketibaan Ramadhan. Mengharapkan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sudah. Muhasabah sebentar…adakah kita masih setia dengan janji-janji manis kita itu..?? erm, nak meningkatkan ibadah katenye di bulan yang penuh keberkatan ni, tak nak tinggal solat sunat dhuha, tak nak tinggal terawih,tak nak tinggal witir, nak bace Quran satu juzuk satu hari, nak hafal Quran,nak buat Qiamulail, nak buat itu nak buat ini, tak nak tinggal itu dan ini tapi….ape yang telah kita buat untuk sepuluh hari yang berlalu. Muhasabah untuk menyedarkan diri yang masih hanyut…Ya Allah, ampunkanlah kami, maafkan kami, kasihanilah kami. Kami tak terlepas dengan kelalaian Ya Allah!!!

Berbicara tentang keampunan, saya teringat kata-kata sahabat yang baru saya kenali di bumi Syria. Gurunya; Maulana Syeikh Nazim Adil al-Haqqani berkata kepadanya yang mafhumnya lebih kurang macam ni:

“ Ibaratkan diri anda persis anak kecil. Anak kecil yang telah memecahkan pasu atau apa-apa barang berharga milik ibunya. Sudah tentulah si ibu akan marah dengan perbuatan anak kecil itu dan berasa sedih lalu masuk ke biliknya dan mengunci bilik tersebut. Lalu menangislah si anak kecil ini sambil mengetuk-ngetuk pintu si ibu untuk memohon maaf. Diketuk pintu tersebut bertalu-talu agar si ibu membuka pintu dan memaafkannya. Lambat laun si ibu akan membuka pintu dan memaafkan anak kecil itu. Begitulah juga antara anda dengan Allah. Ibaratkan diri anda seperti anak kecil di atas ketika memohon keampunan dengan Allah. Ketuklah pintu keampunan Allah sebanyak mungkin. Ketuklah pintu kemaafan Allah dengan diiringi air mata keinsafan. Pohonlah keampunan Allah. Janganlah berasa jemu untuk meminta keampunanNya. InsyaAllah, taubat kita diterima Allah ”

Sukalah saya menyeru diri saya yang tidak sunyi dari dosa dan kealpaan, dan juga para sahabat sekalian agar tidak berputus asa dalam mencari keampunan Allah lebih-lebih lagi berada di fasa pengampunan Allah di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

WaLLahu a3lam bissowab...