Sabtu, 21 Ogos 2010

jadikan diri anda persis anak kecil

Salam Ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia. Maaf di atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Namun saya kira masih belum terlewat kerana kita masih lagi berada di bulan yang mulia ini, better late than never.

Ramadhan; permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah(pengampunan) dan pengakhirannya pelepasan dari api neraka. Saya yakin kalian semua sudah menghafal hadis ini kerana menjelangnya Ramadhan, hadis inilah yang biasa dilaungkan dimana-mana corong pembesar suara surau-surau dan masjid-masjid oleh penceramah. Dan kini kita semua berada di fasa kedua. Fasa maghfirah, fasa Allah Ta3ala mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang tidak jemu-jemu memohon keampunan.

Begitu pantas masa meninggalkan kita yang terleka. Sudah berlalu satu pertiga Ramadhan. Bagaimanakah kondisi ibadat kita agaknya. Kalaulah dahulu sebelum munculnya Ramadhan, kita bersungguh-sungguh memohon kepada Allah dalam doa yang berbunyi “Allahumma ballighna Ramadhan” agar kita disampaikan kepada bulan Ramadhan. Tidak kurang juga yang menulis di wall facebook dengan doa-doa dan kata-kata harapan yang merindui ketibaan Ramadhan. Mengharapkan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sudah. Muhasabah sebentar…adakah kita masih setia dengan janji-janji manis kita itu..?? erm, nak meningkatkan ibadah katenye di bulan yang penuh keberkatan ni, tak nak tinggal solat sunat dhuha, tak nak tinggal terawih,tak nak tinggal witir, nak bace Quran satu juzuk satu hari, nak hafal Quran,nak buat Qiamulail, nak buat itu nak buat ini, tak nak tinggal itu dan ini tapi….ape yang telah kita buat untuk sepuluh hari yang berlalu. Muhasabah untuk menyedarkan diri yang masih hanyut…Ya Allah, ampunkanlah kami, maafkan kami, kasihanilah kami. Kami tak terlepas dengan kelalaian Ya Allah!!!

Berbicara tentang keampunan, saya teringat kata-kata sahabat yang baru saya kenali di bumi Syria. Gurunya; Maulana Syeikh Nazim Adil al-Haqqani berkata kepadanya yang mafhumnya lebih kurang macam ni:

“ Ibaratkan diri anda persis anak kecil. Anak kecil yang telah memecahkan pasu atau apa-apa barang berharga milik ibunya. Sudah tentulah si ibu akan marah dengan perbuatan anak kecil itu dan berasa sedih lalu masuk ke biliknya dan mengunci bilik tersebut. Lalu menangislah si anak kecil ini sambil mengetuk-ngetuk pintu si ibu untuk memohon maaf. Diketuk pintu tersebut bertalu-talu agar si ibu membuka pintu dan memaafkannya. Lambat laun si ibu akan membuka pintu dan memaafkan anak kecil itu. Begitulah juga antara anda dengan Allah. Ibaratkan diri anda seperti anak kecil di atas ketika memohon keampunan dengan Allah. Ketuklah pintu keampunan Allah sebanyak mungkin. Ketuklah pintu kemaafan Allah dengan diiringi air mata keinsafan. Pohonlah keampunan Allah. Janganlah berasa jemu untuk meminta keampunanNya. InsyaAllah, taubat kita diterima Allah ”

Sukalah saya menyeru diri saya yang tidak sunyi dari dosa dan kealpaan, dan juga para sahabat sekalian agar tidak berputus asa dalam mencari keampunan Allah lebih-lebih lagi berada di fasa pengampunan Allah di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

WaLLahu a3lam bissowab...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan