Rabu, 4 Ogos 2010

diriku kini di bumi Syam

Assalamu3alaikum…

AlhamduliLLah, 28 Julai 2010, petang Rabu, jam 1600 sampai juga saya di bumi Syam, bumi yang pernah menerima jejak tapak kaki baginda SAW . Bersyukur saya kerana Allah telah memilih saya untuk bermusafir ke bumi Syam ini atau lebih dikenali dengan nama Syria. Di saat sahabat-sahabat lain pulang ke Malaysia untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta, Allah Ta3ala telah menggerakkan hati kecil saya agar bermusafir ke Syria. Terdetik hati kecil ini agar saya keluar dari bumi Mesir dan mengembara ke Syria.

Ketikamana saya menyuarakan hasrat untuk ke Syria, ramai sahabat-sahabat yang bertanya tujuan saya ke sana. Bermacam –macam soalan dan pertanyaan saya terima.

"Muaz, enta nak ke Syria buat ape?lame pulak tu…"

"kat Mesir ni pon tak abis lagi jalan, dah nak ke Syria…."

"daripada pergi Syria baik beli tiket balik Malaysia…."


Saya hanya menjawab untuk memperbaiki kelemahan dalam bahasa arab saya. Sejujurnya, saya memang tak tahu kenapa saya memilih Syria sebagai destinasi permusafiran saya kali ini, namun saya yakin, Allah Ta3ala mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya yang lemah ini. Setiap yang berlaku dan terjadi ada hikmahnya yang kadang-kala kita sendiri tak sedari.

Bermula dengan proses menempah tiket yang berkali-kali tertangguh, akhirnya dapat juga saya tarikh yang sesuai. Begitu juga dengan restu bonda dan ayahanda. AlhamduliLLah, dapat green light, ibu dan ayah saya begitu memahami dan percaya akan anaknya yang di perantauan ini. Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah.

Bagi posting blog kali ini, saya tak berniat untuk menceritakan pengalaman setelah seminggu saya mendiami di bumi Syria ini. Saya hanya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana tak dapat meng'update' blog buat masa sekarang kerana kekangan masa yang saya kira setiap saat di sini amat berharga untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja dan juga beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah, dengan izin-Nya akan saya coretkan pengalaman saya di sini untuk sama-sama kita kongsi.





plat kereta yang menjadi bukti saya berada di Damsyiq,Syria. Dalam bahasa arab dikenali dengan Dimasyq manakala English pulak Damascus




gambar ini diambil seusai solat subuh di Masjid Buuti.Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti mengimami solat kami. Ini juga menjadi bukti saya sekarang ini berada di Dimasyq

p/s: doakan keselamatan dan kesejahteraan saya sepanjang permusafiran ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan