Rabu, 17 November 2010

Bila saya rindu dia....


AlhamduliLLah, musim korban dah tiba. Sekejap masa berlalu. Ramadhan dan Syawal ditinggalkan seolah-olah semalam baru berlalu. Kini tiba musim Haji yang sinonim dengan Hari Raya Aidil Adha. Menjelang Aidil Adha ni, unta, lembu dan kambing mula kelihatan di beberapa kawasan sekitar Kaherah untuk dijual sebagai binatang korban. Bau mereka yang agak ‘sedap’ dihidu mula bertebaran di kawasan berhampiran. Orang Mesir ni jual kambing dan lembu di tepi jalan sahaja, tiada masalah. Buat kandang sementara di tepi jalan tanpa dikenakan cukai. Mudah dan ringkas.
Kebiasaannya, pada Hari Raya Korban ni, selain daripada melakukan ibadat korban  ada juga yang melakukan akikah untuk anak mereka. Akikah dan korban ada persamaan iaitu menyembelih binatang ternakan seperti unta, kambing, lembu, khoruf dan sebagainya tetapi daging akikah perlulah dimasak dan dibuat jamuan kenduri sebagai tanda kesyukuran cahaya mata selamat dilahirkan. Bagi anak lelaki perlu disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu dan unta, manakala anak perempuan 1 ekor kambing atau 1 bahagian sahaja. (teringat nota Pendidikan Syariah Islamiah ketika SPM dulu,hehe). Dikatakan binatang yang kita buat akikah ni akan menjadi binatang tunggangan di Syurga sana tapi saya sendiri tak pasti kesahihan kata-kata ini. Hanya pernah mendengar sebutan orang sahaja, waLLahu a3lam. Tapi apa yang penting ibadat yang dibuat liLLahi Ta3ala, kerana Allah Ta3ala. Allah sahaja yang mengetahui segala hikmah disebalik suruhannya, baik yang wajib atau sunat.
Sebenarnya, entry kali ini saya tiada apa-apa yang hendak diceritakan pasal korban. Sengaja saya masukkan bab akikah di atas sebab  Hari Raya Korban ke-3 (waktu Malaysia, bukan di Mesir sebab kat sini raya 1 hari lebih awal) nanti abang saya akan buat akikah untuk anaknya itu. Saya dapat tahu berita ini semasa berbual dengan ibu saya tempoh hari (rindu juga keluarga, ni dah masuk kali ke 2 tak beraya korban bersama,hehe). Tiba-tiba teringatkan anak saudara yang nakal di Malaysia, my only niece. Saya selaku pak cik yang caring dan prihatin terhadap anak buahnya kenalah ambik tahu perkembangan si comel itu dari semasa ke semasa,hehe.




Min Nur Ismaratul Afina bt Mohamad Zulkarnain. Anak sulong kepada mak ayah merangkap cucu sulong kepada opah dan wan dia. Nama punyalah panjang, tak muat nak tulis dalam i/c nanti,hehe




Gambar ini diambil ketika berada di KLIA, sebelum saya berlepas ke Mesir. Tarikh yag tertera di bawah gambar ini merupakan tarikh keramat 23/9/2009.









Fina belajar swimming dgn Wan dia...dah jadi cucu kesayangan budak kecik ni. Jeles Pak Ndak tengok Fina rapat dengan Wan,hehe



Entah ape yang seronok sangat tu...teringat zaman kanak2 dulu, seronok bermain, tak digalas dengan beban dan tanggungjawab. Sekarang dah besar ni, macam amanah yag dipikul, sebagai hamba Allah Ta3ala, sebagai umat Muhammad SAW, sebagai anak, dan juga sebagai penuntut ilmu 



Sebijik muka macam bapak dia mase kecik2 dulu,hehe. Tengok muka kanak2 ini seronok. Tengok gelagat mereka. Kadang2 terdetik dalam hati betapa mereka suci dari dosa. Melihat mereka sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada Allah.



Kan cantik Fina bertudung, comel pulak tu. Kenapalah perempuan sekarang tak suka bertudung kan??? kata islam,tapi tak nak ikut hukum Allah. Semoga Fina menjadi anak yang baik dan muslimah yang solehah.



p/s:-bila dah teringat keluarga inilah jadinya,hehe...

      -maaf jika entry kali ini tak memberi manfaat, ianya hanya sekadar luahan hati seorang
       seorang ayah saudara =)


2 ulasan: