Rabu, 3 November 2010

saya bukan nak emo kat sini, cuma....


Deruman enjin kapal terbang kedengaran. Aku melemparkan pandangan ke dada langit. Kelihatan sebuah kapal terbang sedang berlegar-legar di ruang udara; agak rendah, mungkin ingin mendarat. Oh ya, lalulintas udara di sini tak pernah sunyi, selang beberapa minit akan kelihatan kapal terbang yang keluar atau masuk ke negara Mesir ini. (Haih,tiba-tiba teringat  Malaysia, bilalah aku  nak balik ni,hehe).
Hurmm, sekejap masa berlalu, dah setahun aku berada di bumi anbiya’. Kaherah memang tak berubah. Tahun lepas ketika kakiku mula menjejaki ke sini dan tahun ini, masih lagi sama. Jalan raya yang sesak, tiada sistem khas, tiada lampu isyarat, polis trafik yang mengawal lalu lintas begitu bersahaja, sambil hisap rokok,mungkin memberi ketenangan di sebalik keserabutan dan kebingitan hon kenderaan. Bas dan tremco( van prebet sapu) juga tak berubah, suasana penumpang seperti dalam tin sardin, sesak dan padat memang satu pemandangan yang normal, tidak perlu hairan jika bas sudah penuh tetapi masih lagi mengambil penumpang. Motor juga tidak ketinggalan, mencelah kiri dan kanan. Helmet tak wajib pakai. Kadang-kadang dijadikan sebagai ‘hiasan’ sahaja. Kalau 3 orang naik satu motor memang normal; ayah, ibu dan anak kecil. Tapi kalau 3 orang lelaki dewasa naik 1 motor, masing-masing tubuh punyalah besar, bayangkan sendiri.
Hah, ini lagi unik. Kuda dan keldai turut bersaing di celah-celah kenderaan moden. 2 makhluk ni masih lagi digunakan. Kadang-kadang terasa berada di zaman dahulu je,huhu.
Calar-calar yang tertera pada 'body' kereta tu biasalah, kata orang Real Design. Ada yang kemek,cermin retak, pecah sana, pecah sini, yang nampak macam besi buruk pun ada tapi masih lagi menyusur di jalanraya. Tak kisah rupa macam mana janji enjin berfungsi ada 4 tayar, ok boleh gerak.
Buruh mesir pula. Sangat cekap. Tak perlu topi keselamatan. Tak perlu pakai kasut boot. Tak perlu glove. Biasa-biasa sahaja. Berjubah pun ada. Nak tergelak rasanya bila tengok ragam mereka ni.
Sebenarnya, bukan niat untuk memberikan gambaran yang buruk dan negatif terhadap bumi anbiya’ ini beserta dengan penduduknya. Di sebalik nukilan di atas, hanya syukur AlhamduliLLah ku ucapkan; mensyukuri nikmat sebagai rakyat Malaysia, tanah tumpah darahku.  ketahuilah nikmat yang dikecapi oleh kita (rakyat Malaysia) setelah keluar dari rahim ibu sehinggalah sekarang sangat banyak. Memang tak ternilai. Sangat-sangat beruntung.
Setahun di sini mengajar erti kehidupan. Menjalani kehidupan disini memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Kalau nak bergerak ke mana-mana memang bas jadi pengangkutan utama. Memang satu ujian yang memerlukan kesabaran yang tinggi bila berdepan dengan keserabutan dan kesesakan dalam bas. Ditambah pula dengan bau badan yang bercampur-baur menusuk ke dalam hidung. Hanya Allah sahaja yang tahu. Adalah menjadi satu nikmat besar kalau dapat duduk dalam bas, kalau tak terpaksalah berdiri dari awal sampai ke destinasi yang dituju. Jujur aku katakan sesungguhnya golongan hawa (mahasiswi Malaysia) yang belajar di sini memang hebat dan cekal. Aku sebagai lelaki terpukul bilamana melihat kesungguhan golongan hawa ini. Ya Allah kuatkanlah semangat kami!!!
Musim panas dan musim sejuk juga merupakan satu ujian. Musim panas memang tak selesa dibuatnya. Nak tidur malam pun susah, tak lena. Lainlah kalau rumah dilengkapi air-cond. Bila dah subuh baru merasai kedinginan. Pagi tu dah rasa panas. Siap berpeluh lagi. Musim sejuk pula lain ceritanya. Asyik nak berselimut je rasanya. Kalau ade heater, menghadap depan heater la jawabnya.
 Kadang-kadang ada juga terdengar suara-suara ‘sumbang’ yang mengatakan mahasiswa Mesir ni malas belajar, tak berkualiti, musim sejuk kuat tidur, musim panas tak keluar rumah macam puteri lilin, itulah inilah, macam-macam. Cuba mereka duduk kat sini, tinggal kat sini sementara waktu. Rasai perjalanan hidup seperti yang kami lalui. Selami apa yang kami rasai. Jangan hanya mengeluarkan kata-kata yang kamu tidak tahu hakikat yang sebenar.
“Man lam yazuq lam yadri” Siapa yang tak pernah merasai, dia tidak akan tahu .
“Man zaaqa 3arafa” Siapa yang merasai, dia sahaja yang tahu .
Ni tak masuk bab sara hidup lagi. Kat sini barang-barang dan sewa rumah dah naik, bukan macam zaman ‘dahulu' yang kononnya sara hidup kat Mesir murah. RM200 sebulan dah cukup. 20  atau 30 tahun yang lalu mungkin boleh, tapi sekarang jangan harap lah. Makan roti arab tiap-tiap hari lah jawabnya .

 Seolah-olah kami yang bersatuskan pelajar agama ni tak boleh bermewah-mewah. Kena belajar hidup susah. Kena mencontohi kehidupan seperti para Anbiya’ dan ilmuwan islam yang hebat-hebat dulu. Kena hidup zuhud. Makan sehari sekali je cukup. Tak pun puasa je. Entah apa yang membuatkan mereka berfikiran sebegini. Barangkali hati mereka sudah hilang rasa kasih dan ihsan sepertimana yang diajar Baginda SAW.

Ini lagi satu hal. Mengapa pula cuba mempermainkan hak mahasiswa/i selaku golongan asnaf zakat??? Takkanlah   zakat nak dijadikan sebagai bahan ugutan. Nak cerita meluat. Sakit hati pun ada. Nak tahu hal sebenar sila baca berita ini
Sebenarnya bukan nak emo pun kat sini, sekadar pemberitahuan buat mereka yang asyik ‘mencari’ kesilapan mahasiswa/i di Mesir.  Kami bukan inginkan perhatian dari anda (pemilik suara ‘sumbang’), cuma tukarkan ‘mind setting’ anda bahawa bukan senang hidup di tempat orang. Tak sama dengan tanah air kita. Sangat-sangat jauh bezanya. Harap dapat mengerti. Ubah perspektif anda terhadap kami.

p/s:-maaf jika terkasar bahasa
        -mana-mana yang tak berkenaan jangan terasa, anda tidak terlibat dalam kes ini =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan