Rabu, 10 November 2010

Terkedu...

Assalamu3alaikum w.b.t
AlhamduliLLah... wassolatu wassalamu 3ala RasuliLLah...


Allahumma ihdi qaumana fainnahum la ya'lamun...

Ya Allah Ya Tuhanku... Engkau berilah petunjuk kepada kaum kami sesengguhnya mereka tidak mengetahui (jahil)...

Hanya doa ini yang terpancul dari mulut saya setelah habis membaca kisah 'pengorbanan' yang  suci dari seorang ibu demi anak-anak tercinta. PENGORBANAN katanya. Terkedu saya dibuatnya. Saya terasa amat sedih melihat bala yang sedang melanda masyarakat Malaysia kita sekarang. Masyarakat diracuni fikiran dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau. Anak yang kecil masuk Bintang Kecil. Abang masuk Akademi Fantasia. Kakak pula masuk Malaysian Idol. Mak Ayah masuk Mari Menari. Lebih menyedihkan lagi, dah tenggelam dalam dunia keseronokkan, mereka dibius virus kejahilan. Tak tahu hukum, memandai pula letak hukum sendiri. Nak kata alim ulama tiada kat Malaysia ni tak logik. Hurm, saya malas nak mengulas panjang. Anda boleh membaca berita di bawah ini dan anda sediri boleh buat penilaian betapa jahilnya kurang cerdiknya masyarakat kita sekarang.
. 



'free hair' merupakan satu pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak

Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.


Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".

Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".

"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.

"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".

Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"


Apa respon anda setelah membaca kisah 'pengorbanan' di atas??? Menarik bukan. Macam bersesuaian je dengan kehadiran Hari Raya Eidul Adha @ Korban yang bakal tiba ni. Si ibu sanggup ber'korban' demi anak-anak. Boleh dijadikan teks khutbah hari raya mungkin,huhu


"Ya Allah, dan janganlah Engkau sesatkan kami setelah kami diberikan petunjuk dan      
hidayah mu...Sesungguhnya, Engkaulah pemberi hidayah (petunjuk) dan Engkaulah jua yang memberi kesesatan...Maka dengan belas kasihan-Mu Ya Allah, peliharalah kami...Ameen Ya Rabb"

WaLLahu Ta3ala a3lam wa a3lam...AstaghfiruLLahal Adzim

p/s: saya cedok berita ni kat sini.

2 ulasan:

  1. manusia zmn skunk dah xpk pasal dosa pahala..
    yg dyeowg taw nk bhgia ats dunia jew..
    hu2..

    BalasPadam
  2. kefahaman tntg islam masih belum jelas...merasakan islam itu hanya ketika solat shaja...luar solat bebas camtu je...memisahkan islam dlm urusan dunia...

    BalasPadam