Ahad, 7 November 2010

Tazkirah di hening pagi buatku


Assalamu3alaikum wbt...
AlhamduliLLah... wassolatu wassalamu 3ala RasuliLLah...


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ                             
                                     Setiap jiwa akan merasakan kematian (Surah Al-Anbiya 21:35)








gambar sekadar hiasan



Khamis malam Jumaat baru-baru ini kami diminta untuk buat solat hajat dan bacaan Yaasin. Abang kepada salah seorang akhawat di imarah yang saya tinggal ni kemalangan. Keadaan agak teruk dan perlu menjalani pembedahan. Kalau tak salah saya beliau dalam keadaan koma. Kami harap segalanya akan selamat. Namun,pagi tadi saya telah menerima berita bahawa beliau telah kembali ke rahmatuLLah. Allah lebih menyayangi beliau. Al-fatihah disedekahkan untuk arwah.
Saya agak tersentak bila mendengar berita kematian tersebut. Walaupun arwah tiada kaitan pertalian darah dengan saya dan saya pun tak pernah kenal siapa diri arwah, namun kematian itulah menjadi tazkirah untuk saya di pagi yang hening tadi. Saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan baki kehidupan pada hari ini. Ya Allah, aku lalai dalam mengingati-Mu, namun belas kasihan-Mu terhadap hamba yang hina ini jua dihamparkan.
Aku tertipu dengan usia yang muda kerana syarat KEMATIAN bukanlah pada usia. Aku lalai dengan tubuh yang sihat kerana Malaikat Maut tidak akan tunggu sehingga aku sakit baru dia akan datang menjemput ajalku. Syarat kematian itu tidak terletak pada usia dan kesihatan. Kematian merupakan rahsia Allah SWT, tidak ada seorang pun yang tahu tarikh kematian dirinya.
Apakah bekalan yang akan dibawa setelah kematian mengunjungi diri ini???Apakah telah cukup persiapan yag dilakukan untuk berhadapan dengan Tuhan semesta alam???
Tazkirah buat saya di hening pagi tadi. Memang tiada keraguan lagi bahawa kematian adalah sebaik-baik peringatan. AstaghfiruLLahal Adzim...




                      ringan-ringankan diri untuk menunaikan solat jenazah apabila berlaku kematian,                          ubat mujarab buat hati yang cintakan dunia dan alpa dengan kehadiran malaikat Izrail


 Saya nak jadi orang pandai

Mahukah kita semua dikategorikan sebagai orang yang bodoh kurang kecerdikannya?? Sudah tentu jawapannya tidak. Maka, sukalah saya menyeru diri ini terutamanya dan anda semua agar mengambil pengajaran dari berita kematian yang disampaikan. Bimbang-bimbang kita menjadi orang yang menyesal kerana membiarkan peringatan yang bermakna itu berlalu begitu sahaja. Minta-minta kita dijauhi oleh Allah dari ke’bodoh’an yang tidak kita sedari ini. Berdoalah agar Allah jadikan kita orang yang pandai di sisi-Nya dan juga di sisi kekasih-Nya, junjungan besar Baginda SAW.  
Istilah pandai di sini bukanlah menjadi orang yang pandai dalam pelajaran tetapi orang yang mengingati mati. Bersesuaian dengan hadis Baginda SAW di bawah.
Dalam riwayat Ibnu Majah, Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW mendefinisikan orang beriman yang pandai.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ اَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الاَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبىِّ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللهِ اَيُّ الْمُؤْمِنِيْنَ اَفْضَلُ؟ قَالَ اَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَاَيُّ الْمُؤْمِنِيْنَ اَكْيَسُ؟ قَالَ اَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَاَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادً اُولَئِكَ الاَيَاسُ * رواه ابن ماجه كتاب الزهد


Dari Ibnu Umar, saya bersama Rasulullah SAW, maka datang orang laki-laki dari Anshor kemudian dia salam pada Nabi SAW kemudian dia bertanya ,Ya Rasulallah, manakah mukmin yang paling utama? Rasulullah SAW menjawab : mereka yang baik budi pekertinya. Dia bertanya : Manakah mukmin yang pandai? Rasulullah SAW menjawab : lebih banyaknya mereka ingat pada mati dan lebih baiknya mereka mempersiapkan pada apa-apa setelahnya mati, orang-orang yang itulah orang yang pandai.

Akhir kata buat diriku yang lalai dan anda semua "Akthiru min zikri haazimil lazzaat" , perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan (kematian)...

WaLLahu Ta3ala A3lam



al-fatihah ila arwaahil muslimiin wal muslimaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan